Training Wartawan at World 2010 Expo

Yu Shiyao, seorang gadis berusia 12 tahun belajar di sekolah rendah tahun ke-6. Yu Shiyao kini diberi tugas sebagai wartawan Akhbar Tuan Rumah Kecil Shanghai. Mereka dibawa oleh guru ke Taman Eskpo Dunia 2010 Shanghai untuk membuat wawancara dengan pelancong asing.

–“Belgium is famous for chocolate. What do you think people like them so much?”

–“Black chocolate, Belgium is do it best in the world.”

Demikian wawancara yang dibuat oleh Yu Shiyao di Pavilion Belgium

Menurutnya, dia sudah “bekerja” di Akhbar Tuan Rumah Kecil selama tiga tahun. Biasanya, mereka membuat wawancara dalam bahasa Mandarin. Yu Shiyao dan rakan-rakannya membuat persiapan untuk melakukan wawancara dalam bahasa Inggeris dalam Ekspo Dunia Shanghai. Sam Lynn, warga Australia yang bertugas sebagai guru Inggeris Akhbar Tuan Rumah Kecil satu tahun yang lalu. Beliau membantu para wartawan kecil tersebut membuat persiapan. Selari dengan tema Ekspo Dunia kali ini, iaitu “Bandar Berikan Kehidupan yang Lebih Baik”, Sam mengemukakan beberapa topik mengenai pembangunan bandar supaya wawancara wartawan kecil itu lebih teratur.

Akhbar Tuan Rumah Kecil merupakan surat khabar yang amat popular di kalangan anak-anak muda. Atas panduan orang dewasa, kanak-kanak yang berusia 15 tahun ke bawah bertugas untuk melakukan wawancara, mengedit dan menerbitkan surat khabar ini. Sejak ditawarkan pada 20 tahun yang lalu, akhbar ini memberikan peluang yang berharga bagi kanak-kanak yang bercita-cita menceburkan diri dalam bidang media pada masa depan.

Tan Tian yang berusia 10 tahun baru sehaja menganggotai pejabat akhbar ini. Dia suka berkomunikasi dengan orang yang berbeza. Tabiatnya yang sebelum ini malu bercakap turut terubah. Dia menanti-nantikan aktiviti wawancara ini untuk mendapatkan pengetahun yang tidak pernah diajar oleh guru dalam bilik darjah.

Zoran Netkovic, seorang pelancong asing dari Serbia berasa amat gembira ketika diwawancara oleh wartawan kecil itu dalam bahasa Inggeris. Menurutnya, aktiviti seumpama ini bukan sahaja membantu memupuk keupayaan kanak-kanak, tetapi juga berfaedah bagi masa depan pembangunan sesebuah negara. CRI/-

sumber

This entry was posted in life, Motivation and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s