Kisah Penjaga Kubur

JEDDAH: Walaupun sudah berusia 49 tahun, Abu Wisam masih bujang. Beliau adalah lelaki yang melalui pengalaman pahit apabila lamarannya ditolak ramai wanita.

Ini bukan kerana disebabkan isu-isu berkaitan keperibadian beliau, tetapi kerana kerja yang dilakukannya — dia adalah penjaga pintu kubur. Ibubapa wanita-wanita berkenaan berasa tidak selesa apabila anak-anak mereka mengahwini penjaga kubur. Ini memaksa Abu Wisam, penjaga Tanah Perkuburan Hawa di pinggir Jeddah, dengan berat hati memikirkan untuk mencari kerja lain.

Abu Wisam tidak keseorangan. Terdapat ramai lagi yang melakukan kerja-kerja buruh dan berada dalam situasi yang sama, dan ada juga yang menjalani kehidupan yang agak terasing kerana pandangan masyarakat terhadap bidang tugas yang mereka lakukan, lapor akhbar Al-Watan.

“Saya mewarisi kerja ini dari ayah saya. Tugas saya hanya menjaga tanah perkuburan dan mengawasi pelawat-pelawat,” kata Abu Wisam, yang duduk di atas kerusi rosak berhampiran pintu pagar sambil memerhatikan pelawat-pelawat yang keluar-masuk.

“Beberapa keluarga menolak lamaran saya hanya kerana tugas yang saya lakukan. Anak-anak perempuan mereka takut bersuamikan seorang penjaga kubur. Bagaimanpun, saya berazam untuk meneruskan kerja saya ini. Saya tidak kisah dengan akibatnya. Saya mungkin tidak akan menjumpai wanita muda yang bersedia menjadi pasangan saya,” katanya.

Abdul Wahab Mannan pula bekerja sebagai tukang mandi janazah di Jeddah. Beliau menganggap dirinya berkhidmat untuk manusia dan agama. “Saya ada isteri dan anak dan amat menghargai semua yang saya ada. Isteri saya berpuashati dengan tugas saya, malah, menyokong saya dalam setiap keadaan,” katanya. Mannan berkata yang tugasnya memerlukan kesabaran, kemahiran dan ketelitian. “Inilah profesyen yang menggunakan tenaga fizikal dan intelektual kerana pelbagai jenis mayat yang dikendalikan,” katanya, sambil menegaskan yang orang awam perlu mengubah sikap mereka yang memandang rendah kerja yang dilakukannya, kerana tugas seumpama itu adalah satu sumbangan besar kepada masyarakat.

“Saya tolak lamaran lelaki yang bekerja seperti itu kerana ianya memang tidak menepati kehendak saya,” kata Ghaada Murad, seorang pelajar universiti. Beliau berkata lelaki yang ingin mengahwininya perlulah seorang yang memahami, dan dapat memenuhi cita-cita dan keinginannya.

Ahmad Al-Moabi, yang bertugas di Kementerian Keadilan, berkata setiap wanita muda memasang impian untuk berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan baik dan mampu memenuhi keinginan mereka. “Biasanya, lelaki yang mempunyai pendapatan terhad tidak dapat memuaskan keinginan mereka,” katanya. Bagaimanapun, tambahnya, terdapat juga wanita yang mengahwini lelaki yang berpekerjaan buruh seperti ini dan hidup bahagia. Al-Moabi berkata terdapat sesetengah profesyen yang tidak lagi dipendang rendah seperti menggunting rambut, memotong daging dan menjaga stor. Hari ini, ramai yang terbabit dalam pekerjaaan seperti ini dan memperolehi pendapatan yang lumayan. Mereka semakin diterima masyarakat dan ramai wanita yang tidak kisah bersuamikan lelaki-lelaki seperti ini,” katanya.

Saleh Al-Dobel, seorang ahli fakulti di Akademi Keselamatan King Fahd, berkata terdapat dua jenis kerja tahap-rendah. “Kita perlu bezakan antara kerja-kerja buruh yang diterima dan tidak diterima oleh majoriti masyarakat. Kategori pertama melibatkan profesyen seperti tukang kayu, tukang besi dan pemotong daging. Kebanyakan ibubapa tidak menginginkan anak-anak mereka terlibat dengan kerja-kerja seperti itu sekalipun memperolehi pendapatan lumayan kerana ianya melibatkan maruah keturunan masing-masing,” katanya.

Beliau menambah yang ramai ibubapa tidak mahu mengahwinkan anak mereka dengan lelaki yang berpekerjaan seperti itu.. “Ini kerana mereka takut diboikot oleh ahli keluarga lain akibat kesetiaan kepada maruah keturunan,” katanya, sambil menambah bahawa kerja-kerja seperti ini biasanya diwariskan dari bapa kepada anak.

Al-Dobel berkata kategori yang kedua melibatkan kerja-kerja seperti menjaga dan menggali kubur. “Lelaki yang melakukan kerja-kerja ini biasanya suka memencilkan diri. Kebanyakan orang berasa bimbang untuk bergaul dengan mereka. Sebab itulah mereka sukar untuk mencari pasangan hidup,” katanya, sambil menambah bahawa orang ramai juga perlu mengubah tanggapan mereka.

BIG : Yang baik akan ketemu yang baik..

This entry was posted in life. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s