POST [Blogger Kereta Mayat] : Bagaimana tidak takut pada hantu…

Bagaimana tidak takut pada Hantu? <– (Original POST)

(10 kaedah untuk hilangkan takut kepada hantu-versi keretamayat)

Soalan pembaca:

Salam bro,, aku ade 1 masalah yang aku harap sangat-sangat dapat idea or jawapan or penyelesaian untuk masalah aku nih,, sebab bagi aku masalah aku ni besar. mungkin bagi bro kecik., dan aku malu kepada bini aku sekiranya aku dah kawen nanti jika die tahu masalah aku ini. malah aku juga rasa malu dan bersalah dengan tuhan sebab masalah aku ini.

sebelum ni aku ade bace blog bro pasal ‘saya takut hantu’.. tapi setelah aku bace aku dapati jawapan bro khusus kepada kanak2 yang perlu diberikan didikan awal supaya tidak takut hantu. So, masalah aku sekarang.., umur aku dah 21 bro. tapi aku mengaku aku agak penakut. bukan agak tapi aku rase memang penakut. Tapi dalam hidup aku selama 21 tahun ni tak penah pulak aku jumpe makhluk2 tu. Just dengar cerita and tengok cerita hantu je, tu pon mase zaman sekolah rendah and menengah. So bagi aku, cara bro tulis dalam blog yang pasal ‘saya takut hantu’ tu tak sesuai dengan orang yang dah umur macam aku nih. Jadi aku harap sangat2 dari kau bro,, tolonglah selesaikan masalah aku nih, umor dah 21 dah. Tapi penakut. Malulah bile bini aku nanti tau yang aku ni penakut. Dan yang paling kesal aku rasa lagi takut kepada hantu2 ni daripada tuhan yang menciptakan ‘hantu2’ nih.. tolong lah aku bro,, aku tak nak ‘syirik kecil’ ni jadi masalah kepada iman aku dan menghantui diri aku.

Terima kasih bro, aku mengharap2 tersangat2 jawapan dari bro. Semoga Allah memberkati usaha bro. Thanks

******

Jawapan keretamayat.

Ha ha ha (gelak dulu macam orang jahat) Heeee heeeee heeeee (kali ni gelak versi puntianak pula).

Masa aku remaja, aku pantang betul kalau ada orang bukak cerita hantu, sebab cerita hantu ni sesuai untuk kanak kanak penakut ker, orang dewasa tak payahlah nak buang masa cerita tahyul yang melemahkan otak,

Apatah lagi jika mereka cerita kisah pengalaman orang lain jumpa hantu, aku akan terus suruh mereka stop, buang masa jer cerita kisah hantu yang orang lain jumpa, sebab kau bukan nampakpun hantu tu, tapi cara cerita seolah olah hantu tu kau nampak, siap dengan saiz gigi dan bentuk kuku lagi tu, kadang kadang tu ada pulak sound effect, memang kelakar.

Nasihat aku, jika nak cerita kisah hantu, pastikan cerita pengalaman sendiri, kisah pengalaman orang ni buang masa jer, sebab versi akan berubah 100%. Kau bukan nampak hantu tu pun, sedap kau jer nanti tokok tambah cerita hantu supaya lebih seram dan ganas, dah tau dah tektik ni.., buang mase jer.

Akhirnya, ada lah kawan aku yang mengaku jumpa hantu, dan bila mereka cerita, nampak sangat cerita versi penakut, sebab hantu yang mereka cerita tu tak pernah jelas, seperi imbasan kain putih, bunyi pelik, dengar hentakan kaki berjalan, dengar tingkap di calar, dan lain-lain, yang mana aku akan sangkal cerita mereka dengan bukti fizik dan sains, imbasan kain putih tu mungkin ada burung terbang waktu malam, bunyi pelik tu mungkin bunyi kucing bersetubuh, dengar hentakan kaki berjalan tu adalah dengupan jantung kau waktu sunyi, dengar tingkap di calar tu adalah goresan pokok di tiup angin.

Tapi mereka tetap yakin itu adalah hantu, maka kata aku, senang macam ni lah, jika kau yakin itu adalah hantu, dan jika kau jumpa hantu tu lagi, boleh tak jangan lari, sebaliknya jumpa hantu tu dan cakap, “Hamka nak jumpa, boleh?”

Asyik dengar cerita orang jumpa hantu jer, apa kata aku sendiri jumpa hantu dan cerita kat kau dengan berlagak pulak. Woha!

Maka terbeliaklah mata mereka ketakutan dan mula berkata syirik, kau jangan cakap besar Hamka, nanti hantu tu datang, baru kau tahu.

Aku bukan cakap besar, aku cakap Nafi Makhluk, lagipun Hantu tu tak wujud, dalam Al quran mana pernah cerita hantu?, yang kau yakin dan takut sangat dengan hantu tu apa ke hal?! Tiada yang boleh memberi manfaat dan mudarat melainkan Allah, jika jumpa JIN tu lain cerita, dan Jin bukan dicipta untuk usik manusia, mereka pun sama di cipta untuk beribadat, apa kejadah JIN kerjanya nak usik manusia, kau tu yang penakut, sehingga dengar degupan jantung sendiripun sangka ada orang halimunan berjalan.

Akhirnya kawan aku tu insaf, lepas tu jika ada orang lain cerita hantu, aku dan kawan tu akan sakat orang tu, woi, suruh hantu tu datang jumpa kami,ha ha ha, sambil gelak macam orang jahat, terbeliaklah orang lain tu lalu berdoa, semoga aku dan kawan aku sorang lagi tu terjumpa hantu.

Lalu kami cakap, baguslah, jika hantu tu datang jumpa kami, kami akan cakap pada hantu tu, pergi usik kau, sebab kau penakut, ha ha ha, gelak kami lagi.

Semejak itu, tiada lagi kawan kawan aku yang sanggup bercerita hantu dengan aku, buat sakit hati jer, padan muka, lebih baik korang cerita kedahsyatan api neraka, dari buang masa cerita kedahsyatan hantu yang tak dahyat pun!

Kesimpulanya, hantu ni tak wujud. Allah tak cipta hantu, Allah cipta jin, dan jin bukan hantu, Siapa yang jumpa hantu, mereka ada masalah dalam otak, iaitu masalah terlalu penakut sehingga sangka objek tertentu tu hantu padahal kain telekung jer.

Apa ke jadah jin nak pakai baju putih, simpan rambut panjang dan simbah darah ke muka? Kau tu yang penakut. Lain kali jika terjumpa ‘hantu’ cuba jangan terus lari, cuba siasat dulu, pasti kau akan malu sendiri…

Aku kongsi satu cerita hantu pengalaman sendiri, pastikan cerita korang ending dia macam cerita aku ni, jangan bila jumpa hantu terus lari dan terus sebarkan dengan tokok tambah tah apa apa, siasat dulu, sama jugak macam berita yang korang dapat dari FB, atau email Foward, jangan terus sebarkan, siasat dulu.., jangan jadi bodoh dengan menyebarkan berita karur marut!

Cerita aku begini, Masa aku kecik, dalam umur 12 tahun gitu, jam satu atau dua pagi lebih kurang, aku bangkit dari tidur kerana rasa pundi kencing aku sudah penuh dan meronta meminta dilepaskan hajat … lalu dalam kegelapan malam, dan kedinginan anggota peranakkan, aku terus keluar rumah lantas menyusur belakang rumah menuju jamban yang agak jauh dari rumah..

Jamban tidak berlampu,dan aku masuk ke dalam jambanpun hanya ditemani cahaya dari lampu jendela rumah.., akupun terus melepaskan hajat kecil dengan penuh kelegaan dan kesusilaan, namun, tiba-tiba..

Terdengar sesuatu dari luar jamban..

(masukkan elemen bunyi muzik menyeramkan disini)

Sambung balik, sedang asyik aku kencing.. tiba tiba bunyi binatang menegur sesuatu makhluk buat aku gelabah.., bak orang tua kata, binatang ni boleh nampak makhluk halus..,

Dalam mode ‘Twilight Zone’ itu, aku memberanikan diri dengan mengintai ikut salah satu lubang-lubang kecil dari celah zink jamban itu dan alangkah terkejutnya aku… darah menyirap… jantung berdegup kencang!!!

Aku telah melihat dengan mata kepala aku akan wajah lembaga yang sangat hodoh… matanya bulat gelap, tiada warna putih, dan pipinya berkedut kedut dengan lemak yang tebal dan menggerutu..apatah lagi warna nya merah dan berbintik-bintik…, makluk itu terus memandang aku siap dengan berkerdip mata..

Tak lama aku pandang dan aku terus tutup mata.. peluh jantan mengalir di badanku, degupan jantungku terdengar seperi orang sedang berlari, kesejukan malam, dan bau busuk jamban, menambahkan lagi keseraman yang mencengkam..

Sekarang, apa aku perlu buat?, perlukah aku keluar dan berkenalan dengan makluk itu…? Kenapa dia juga mengintaiku? Adakan makhluk ini gay?

Bermacam macam lintasan yang menakutkan berunsur lucah terbayang di benakku..

Tapi aku beranikan diri untuk melihat sekali lagi… alang alang dah jumpa biar aku tengok bentuk badannya yang lain.. baru boleh cerita detail sebab tadi aku hanya nampak separuh dari mukanya..

Bila aku mengintai sekali lagi.. aku tengok balik matanya yang berkelip kelip itu.. sebab lubang zink jamban tu kecik sangat, aku kena gerak- gerakkan kan kepala aku untuk melihat bahagian lain makhluk itu.., aku tengok lagi betul-betul, tiba tiba makluk itu pula yang bergerak.., dan aku nampak, ya.., aku terlihat paruh seperti burung.., cis!! barulah aku tahu bahawa itu adalah ayam… tadi aku nampak separuh jer sebab screen yang kecik kat lubang zink tu..cis, ! dan cis!!

Ayam bertenggek di tepi para sebelah jamban daa…

Andaikanlah aku tidak melihat sekali lagi dan terus lari, maka tentu sampai sekarang aku akan cerita kisah ‘hantu bodoh’ tu pada anak cucu serta korang…oh!

Dan begitulah asal cerita hantu tersebar, korang nampak ‘kelibat’ jer terus lari sambil percaya apa yang korang nampak tu adalah hantu, padahal mungkin kain sembahyang nenek korang yang terbang ditiup angin kerana korang lupa nak angkat petang tadi sebab asyik baca mastika.., apa ke jadah daa..

Sama jugak kes kawan aku, belajar silat cekak Hanafi, malam akhir menuntut, lepas duduk bersila atas kain kuning, tok guru dia pesan, bila balik nanti.., jika ternampak benda pelik, jangan tegur, itu “cubaan”, Sekali jumpa dia malam tu, wajah pucat lesi, tanya: kenapa?

Katanya ternampak pocong dalam kereta Tok Ngah yang meninggal semalam..

Bila pergi menyiasat, memang nampak macam pocong duduk dalam kereta, tapi bila pergi dekat kereta, pocongpun hilang, pergi jauh ada balik, rupanya biasan cahaya.., ha ha ha.., illusionist semata mata..

Jadi moralnya, jika korang nampak hantu atau benda mistik, jangan terus lari, selidik dulu, jangan penakut sangat.., kalau ada bunyi pelik, pergi cari, jejak.., best apa jumpa hantu secara live?, boleh cerita kat orang lain dengan penuh riak sebab berjaya jumpa hantu hidup-hidup…, woha!

Tapi cerita setakat yang aku dengar hari ni, hanyalah imbasan, asap, bunyi pelik dan setakat itulah.., itupun dah ‘perasan mistik’ konon.. lalu cerita kat orang dengan penuh riak yang korang telah nampak hantu yang sekali imbas korang tengok tapi boleh pulak ceita detail, siap dengan bilangan gigi, saiz lidah, warna tengkuk dan jenis anak mata.., nampak sangat pembohong.

Nasihat aku, Lepas ni jika nampak hantu, jangan lari, terus pergi jumpa, malulah sikit kat budak kecik dalam detective conan tu.., mana ada hantupun.., betul tak Conan Edogawa?

Dan jika betul Hantupun, apa salahnya?, tanya dia buat apa kat sini,, dan tanya, kenapa tak potong rambut? Kenapa pakai baju putih kosong, tak boleh ke pakai baju belang belang, kuku kenapa tak potong, basuh berak tak luka ke? tanyalah apa apa, dan kalau boleh dakwah sikit kehebatan Allah, kalau dia kapir, ajak masuk islam..arggh..lantak koranglah nak buat apa-apapun, ha ha.

Jadi, kepada siapa siapa yang nak cerita hantu yang dia nampak terus lari, aku tak percaya, malahan aku cakap, suruh hantu yang kau jumpa tu jumpa aku, sebab aku nak suruh hantu tu cekik kau kerana gagal cekik kau malam tadi, ha ha ha!!!!!!!

jika korang berdegil nak percaya bahawa hantu ni adalah makhluk yang terjadi dari orang yang mati dan hidup balik seperti puntianak, langsuir misalnya,, aku memang tak nak berdebat dengan korang, menghina kebijasanaan aku nanti, woi! orang yang dah mati atau dah jadi mayat ni pergi dua tempat sajer, iaitu lembah neraka atau taman shurga.. terbang terbang balas dendan sambil ketawa mengilai-ngilai.. he he he…lantak engkauler..

Akhir kata, berikut adalah 10 tip untuk tidak takut pada Hantu:

1. Letakan dalam diri kepercayaan bahawa jumpa hantu secara live itu cool.

2. Biasakan diri tidur dalam gelap, dan jika rasa seram, bayangkan rupa hantu sehingga jadi tak seram.

3. Cabar diri sendiri seperti berhenti buang air dalam hutan sorang sorang di waktu malam, lepas sepuluh kali kencing tapi tidak di sakat hantu, korang akan jadi lebih berani,

4. Jika nak tengok cerita hantu, tengok sorang sorang di waktu malam. Jika berjaya, tahniah!

5. Bila kawan kawan cerita hantu, nafikan hantu tu dengan hujah sains, jika kawan kau tetap yakin itu hantu, cabar suruh hantu tu jumpa korang.

6. Jika terdengar bunyi atau ternampak kelibat pelik, jangan lari, pergi jumpa/siasat secara direct.

7. Jika malas nak pergi siasat, tiru dialog arwah Pak uda dalam filem Hantu kak Limah balik rumah, yang mana bila jumpa hantu, Pak Uda cakap: “Kalau kamu manusia lebih baik kau pergi main jauh jauh dari aku, aku tak nak berkawan dengan kamu!, pergi! Kalau kamu iblis setan ingat, aku ada silat gayung…” Woha!

8. Banyakkan cerita kehebatan dan kebesaran Allah sehingga ketakutan pada makhluk hilang.

9. Buat niat untuk dakwah kepada hantu supaya mereka masuk islam.

10. Jika terjumpa hantu yang memang seram, cuba lawan, pukul dengan kayu, atau tikam dengan pisau.

Ok, cukuplah 10 tip bagaimana tidak takut pada hantu, fahamkan juga perbezaan antara JIN dan hantu supaya korang boleh bezakan antara keduanya, nasihat terakhir aku, jangan antara korang yang rasa marah pada aku sebab menghina cerita hantu korang, lalu cuba takutkan aku dengan menyamar jadi hantu, sebab aku takut korang akan terbunuh.

Hati hati.

Sekian.

Ps: Allah berkuasa, makhluk langsung tiada kuasa! La illa Ha illALLAH!

 

This entry was posted in Islam, life, Motivation, Muslims and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a comment