Somalian need our help …

Rakan di Aqsa Syarif mengatakan..setiap keluarga di Palestine mnyumbang 10 dolar untuk Somalia…bantuan dari Palestine adalah bantuan terawal sampai… MALU lah saya …MALU lah saya…dah la bg pun x bnyak…bg pun lambat… hurm… jom rakan2…

I’ve made some research regarding this Somalia country…. the location beside the Gulf of Aden & Indian Ocean .. xde ikan ke area situ yang sampai kebuluran begitu teruk ?? … hurmm..
https://i2.wp.com/www.worldatlas.com/webimage/countrys/africa/sonewzz.gif
According to wikipedia source http://en.wikipedia.org/wiki/Somalia ..negara ok, cuma bergolak…. pihak PBB(UN) xmau buat apa-apa ke?
-just my two centz-
Advertisements
Posted in life, Live Value, Motivation | Leave a comment

A set of Picture with missing values

These 4 pictures describe a value that most of us has lost now….will u make something like this ??
Posted in life, Live Value | Tagged | Leave a comment

Energy Research

ENERGY HARVESTING RESEARCH GROUP (EHReG)

The crucial increase of crude oil has drag us to look more deeper and deeper on new energy harvesting in order to reduce cost of energy.

We have already familiar with few type of renewable energy such as solar, wind, ocean and etc. These things has been introduced since the last decade. Now people are more focused and serious on this energy option… you can get  FREE ENERGY ….

Solar Energy (click for more info)

Wind Energy (click for more info)

Our research group will be focus on the wind energy & new energy ….wait for more new project…join us ..comment us …

Posted in Energy Research, Enjoyable Educated Life | Leave a comment

PENIPUAN : Kerjaya, Universiti dan Sekolah

Assalamualaikum wrt wbh,

Al-fadhil ustaz, saya pernah memohon pekerjaan di sebuah syarikat dan syarikat menetapkan jika saya mempunyai sijil, maka gaji minimum yang akan saya terima adalah sebanyak RM xxxx, jika saya mempunyai pengalaman tapi tidak punyai sijil, gaji minimum bermula dari RM xxx , sekiranya saya tidak punyai kedua-duanya, gaji bermula dengan RM xxx.

Sya tiada sijil, tapi bolehkah saya meletakkan dalam resume saya pengalaman-pengalaman yang tidak pernah saya perolehi demi untuk memulakan kerja dengan gaji yang tinggi sedikit?.

Satu lagi, ada rakan-rakan saya yang membeli sijil-sijil sarjana muda dari ejen-ejen tertentu. Ia sememangnya keihatan asli, adakah ianyaa dibenarkan?

Al-Hulu

PHD?

Jawapan

Saya kira jawapannya adalah cukup mudah untuk dijawab bagi pembaca web saya ini. Sudah tentu ia diharamkan oleh Islam kerana apa yang dilakukan adalah termasuk dalam bab penipuan.

Bentuk penipuan sememangnya amat banyak. Sebagai asas pengharaman Allah SWT berfirman :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ

Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu” ( An-Nisa : 29)

Harta yang diperolehi dari aktiviti penipuan adalah haram. Islam mengharamkan seluruh bentuk penipuan, baik dalam masalah jual-beli, mahupun dalam pelbagai jenis macam mu’amalah.

Seorang muslim dituntut untuk berlaku jujur dalam seluruh urusannya, Sebab keikhlasan dalam beragama, nilainya lebih tinggi daripada seluruh usaha duniawi.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Dua orang yang sedang melakukan jual-beli dibolehkan tawar-menawar selama belum berpisah; jika mereka itu berlaku jujur dan menjelaskan (ciri dagangannya), maka mereka akan diberi barakah dalam perdagangannya itu; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (ciri dagangannya), barakah dagangannya itu akan dihapus.” (Riwayat Bukhari)

Dan baginda juga bersabda:

“Tidak halal seseorang menjual suatu perdagangan, melainkan dia harus menjelaskan ciri perdagangannya itu; dan tidak halal seseorang yang mengetahuinya, melainkan dia harus menjelaskannya.” (Riwayat Hakim dan Baihaqi)

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ  مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Ertinya : “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! Sebab barangsiapa menipu kami, bukanlah dari golongan kami.” (Riwayat Muslim, 1/99)

Antara penipuan dalam bentuk semasa adalah seperti berikut :-

1) Mengupah dan berpakat dengan rakan untuk membeli dan memuji barangan jualan sendiri di hadapan pelanggan, dengan niat untuk mempengaruhinya dan meyakinkan kebaikan barang yang dijual. Ia disebutkan pengharamannya di dalam hadis Nabi SAW :-

ولا تَنَاجَشُوا

Ertinya : dan janganlah kamu melakukan tipu helah naik harga jenis ‘najash'” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/752)

Menurut penafsiran Ibnu Abbas ‘Najash’  adalah : “Engkau (berpakat) bayar harga barang itu lebih dari harga biasa, yang bukan sebenarnya, tetapi dengan tujuan supaya orang lain menirunya.” Cara ini banyak digunakan untuk menipu orang lain. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi)

2)  Membeli sijil universiti bagi menunjukkan diri berkelayakan tetapi sebenarnya hanya penipuan. Ada juga yang membeli gelaran ‘Dr’ dan ‘Profesor’ bagi mendapatkan keistimewaan dan kemulian tertentu di dalam masyarakat. Ia juga adalah haram secara sepakat ulama  sudah tentu disebabkan ‘penipuan’.

Adakah ia tulen, halal diperolehi & digunakan?

3) Mencipta jawatan-jawatan terentu di dalam ‘resume’ bagi menunjukkan kononnya diri berpengalaman. Ada juga yang mereka cipta gelaran ‘Dr’ untuk melakukan lagi kursus motivasi dan diri masing-masing bagi menaikkan dirinya di mata pelanggan. Berfungsi sebagai motivator, kosultan dan ‘pakar’ tetapi hakikatnya  inilah manusia yang tiada keyakinan diri, terpaksa bergantung kepada penipuan untuk terus hidup dan laku.

4)  Mencipta dan meminda slip-slip gaji sendiri bertujuan untuk mendapat gaji yang diinginkan dari majikan baru.

5)  Meminta orang lain membuatkan karangan atau apa juga tulisan yang diperlukan untuk mendapatkan sesuatu kerja. Ia satu penipuan kerana syarikat ingin melihat kemampuan sebenar kita dan bukannya orang lain. Ramai yang suka melakukan tindakan ini, lebih malang lagi, agak ramai cerdik pandai memberikan bantuan kepada orang sebegini sedangkan ia adalah satu tindakan yang diharamkan oleh Islam kerana ia termasuk kategori membantu sesuatu penipuan. Lama kelamaan, rakan yang dibantu akan sentiasa mundur dan tidak berkembang kerana asyik mengharapkan kita membantunya.

Pendidikan, kerjaya & syubhah

 

Saya faham, bahawa adakalanya sukar untuk menolak kerana yang meminta bantuan adalah rakan baik kita atau adik beradik kita, tapi sedarlah tiada alasan untuk membantu penipuan ini. Jika yang dibantu itu berjaya kelak, pihak majikan merasa kecewa dan tetipu kerana prestasinya tidak sebagaimana tulisannya.

6) Mengupah orang untuk menyiapkan tesis MA atau Phd untuk kita. Ia juga satu bentuk penipuan yang memberikan kesan kepada seluruh pendapatan hasil penipuan itu. Selain orang yang mengupah, orang yang bersedia untuk diupah dan menjalankan khidmat ‘tolong buat’ ini juga dikira menipu dan pendapatannya adalah haram kerana membantu kepada perbuataan dosa.

Sepatutnya melambangkan kecekapan minda dan kajian

7) Bagi para pensyarah universiti pula, meniru karya orang lain dalam kajian ilmiah tanpa menyebut nama dan buku rujukan adlaah satu jenis penipuan. Ia tidak dianggap satu penipuan jika ditulis oleh orang awam biasa kerana ia tidak bertujuan mendapat pengiktirafan akademik. Walaubagaimanapun penulisan oleh ahli akademik pada lazimnya dinilai sebagai satu bentuk ‘prestasi peribadi’ oleh pihak universiti, ia juga membolehkannya mendapat kenaikan pangkat serta gaji setelah mendapat merit tertentu dari ‘hasil kajian’ mendalamnya. Justeru, jika hasil ini adalah hasil ciplak yang dibuat secara pintar serta berpura-pura kononnya itu adalah hasil buah fikriannya yang bijak sedangkan ia bukan darinya, ia juga adalah suatu penipuan yang diharamkan.

8) Mencipta testimoni yang mengakui kehebatan program yang dikendalikan atau barang yang dijual, sedangkan ia hanyalah rekaaan sendiri sahaja. Mungkin ramai akan terpengaruh hasil testimoni yang begitu hebat tadi padahal ianya hanyalah tiruan. Ketika itu, perniagaan orang ini menjadi hilang berkat dan haram pendapatannya.

9) Membodek para pensyarah universiti agar memberikan markah ‘kasihan’ untuk lulus. Jika terdapat sebab musabbab yang utuh untuk pemberian markah maka ia mungkin menjadi harus dan halal, walaubagaimanapun tetapi jika ia diberikan tanpa hak dan justifikasi yang boleh diterima Islam. Para pensyarah ini bakal menanggung tanggungjawab besar di akhirat kelak. Ini kerana, sijil yang dimiliki dianggap mewakili tahap kecekapan ilmu, kemampuan kajian dan minda seseorang dalam sesuatu bidang khususnya, jika pencapaian sijil itu dilakukan dengan ‘soalan bocor’, ‘curi soalan’ dan markah tanpa hak. Maka ia tidak layak memegang sijil itu, jika ia perolehi sijil itu. Semua orang kelilingnya akan tertipu dengan sijilnya itu, ia juga mungkin menyesatkan orang dengan sijilnya tadi. Awas.

10) Pensyarah yang membocorkan soalan dengan sengaja. Menurut kefahaman saya, ujian dan peperiksaan adalah sebuah ujian kemampuan pelajar dan ujian juga buat pensyarah yang mengajar, iaitu untuk melihat sejauh mana keberkesanan pengajarannya. Oleh itu, tidak dinafikan terdapat pensyarah yang bimbang peratusan gagal di kelas bimbingannya terlalu teruk, maka ia memberikan ‘soalan bocor’ , dengan itu, tahap lulus akan meningkat dan bolehlah kelihatan dirinya sebagai pandai mengajar. Ia juga satu bentuk penipuan yang banayak berlaku samada di univeristi mahupun di sekolah. Semuanya adalah haram tanpa syak lagi.

11) Mencipta statistic palsu untuk menyokong kajian dan dakwaan yang dibuat, Jika ia digunakan untuk sebarang tujuan komersial dengan upah profesional, ia adalah pendapatan haram. Jika ia dilakukan untuk menarik kepercayaan orang kepada apa yang diungkapkan, ia juga adalah satu penipuan. Saya kerap mendengar, para motivator berkata : “Menurut kajian saya, begini….” Kita berharap ia adalah kajian sebenar dan bukan satu dua kes yang dijumpainya.

Ibnu Sirin pernah menjual seekor kambing, kemudian dia berkata kepada si pembelinya: ‘Saya akan menjelaskan kepadamu tentang ciri kambingku ini, iaitu kakinya cacat.’

Begitu juga al-Hassan bin Shaleh pernah menjual seorang hamba perempuan (jariyah), kemudian ia berkata kepada si pembelinya: “Dia pernah mengeluarkan darah dari hidungnya satu kali.”

Walaupun hanya sekali, tetapi ‘jiwa seorang mu’min merasa tidak enak kalau tidak menyebutkan cacatnya itu, sekalipun berakibat menurunnya harga.

Justeru, eloklah kita berfikir kembali pendapatan kita, samada ia halal atau haram. Kerjaya kita samada ia datang dengan sijil dan jawatan palsu atau benar.

Ke Kubur Juga Akhirnya

Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jaranag kenikmatan semenatar ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia.  Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.

Nabi SAW bersabda :-

أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت

Ertinya : “Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT” ( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Posted in Enjoyable Educated Life, Islam, life, Motivation | Leave a comment

Let’s GMAIL motion …

Posted in YouTube | Leave a comment

Tiada COKE di sini !!

Duduk dan order satu Coke. Besar kemungkinan anda akan terperanjat sakan. Tidak pernah anda memasuki mana-mana restoran mamak dan tidak dihidangkan minuman lazim anda. Tidak pernah.

 

Hakimsa berbangga dan berani

Hakimsa berbangga dan berani

“Kami tak jual Coke di sini. Maaf,” kata pelayan beruniform di Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam Worldwide. “Tetapi kenapa?,” anda bertanya agak kecewa dan juga hairan. “Oh, sebabnya Coke salah satu produk yang secara terang-terangan membantu Israel. Si Zionist tu?,” dia menjawab, anda pula termalu kerana dididik kepada siapa anda patut berpihak.

Menurut ampunya Restoran Hakim, Haji Hakimsa Shah, dia telah memboikot Coke daripada menghampiri peti sejuknya sejak serangan berdarah tanpa berhati perut oleh Israel ke atas Gaza pada tahun 2008. Baginya, kerakusan dan kezaliman rejim apartheid gila zionist Israel itu cukup untuk dijadikan alasan membantutkan mana-mana pendana yang menyalurkan wang kepada negara haram itu. Walaupun hanya pada kadar 1 sen bagi setiap tin Coke.

Hakimsa memiliki dua buah restoran 24 jam di Seksyen 7, yang pertama di Worldwide berhampiran Universiti Industri Selangor dan sebuah lagi di jalan menghala ke kawasan perindustrian Bukit Raja. Dalam usahanya yang kerdil, Hakimsa yakin dia mampu menyebarkan mesej bahawa sesiapapun jangan memberikan sambutan kepada negara seperti Israel yang sedang mewah dengan hasil jualan produk-produk pengeluar yang sememangnya mendanakan rejim ganas zionist itu. Dia memaklumkan Biro HALUAN Palestin bahawa jualan kasarnya tidak terjejas sejak memboikot Coke, malahan bertambah pula rezekinya.

Suatu petanda kepada peruncit dan pengusaha restoran bahawa tidak ada alasan untuk menolak jenama-jenama yang memboncengkan Israel. Tahniah kepada Restoran Hakim. Kami yakin beliau akan muncul di kaca TV selepas berita ini tersebar. Namun, kami masih perlu meyakinkan beliau untuk terus memboikot kesemua 6 jenama yang dikenalpasti Biro HALUAN Palestin. Ianya seperti logo-logo di bawah. Sila klik di atas logo berkenaan untuk mengetahui kenapa anda perlu memboikotnya.

 

Hakimsa (kanan) dan pembantunya pelawa anda cari Coke dalam peti sejuk di restorannyaHakimsa (kanan) dan pembantunya pelawa anda cari Coke dalam peti sejuk di restorannya

Posted in Enjoyable Educated Life, Intro, Islam, life | Leave a comment

Kisah Penjaga Kubur

JEDDAH: Walaupun sudah berusia 49 tahun, Abu Wisam masih bujang. Beliau adalah lelaki yang melalui pengalaman pahit apabila lamarannya ditolak ramai wanita.

Ini bukan kerana disebabkan isu-isu berkaitan keperibadian beliau, tetapi kerana kerja yang dilakukannya — dia adalah penjaga pintu kubur. Ibubapa wanita-wanita berkenaan berasa tidak selesa apabila anak-anak mereka mengahwini penjaga kubur. Ini memaksa Abu Wisam, penjaga Tanah Perkuburan Hawa di pinggir Jeddah, dengan berat hati memikirkan untuk mencari kerja lain.

Abu Wisam tidak keseorangan. Terdapat ramai lagi yang melakukan kerja-kerja buruh dan berada dalam situasi yang sama, dan ada juga yang menjalani kehidupan yang agak terasing kerana pandangan masyarakat terhadap bidang tugas yang mereka lakukan, lapor akhbar Al-Watan.

“Saya mewarisi kerja ini dari ayah saya. Tugas saya hanya menjaga tanah perkuburan dan mengawasi pelawat-pelawat,” kata Abu Wisam, yang duduk di atas kerusi rosak berhampiran pintu pagar sambil memerhatikan pelawat-pelawat yang keluar-masuk.

“Beberapa keluarga menolak lamaran saya hanya kerana tugas yang saya lakukan. Anak-anak perempuan mereka takut bersuamikan seorang penjaga kubur. Bagaimanpun, saya berazam untuk meneruskan kerja saya ini. Saya tidak kisah dengan akibatnya. Saya mungkin tidak akan menjumpai wanita muda yang bersedia menjadi pasangan saya,” katanya.

Abdul Wahab Mannan pula bekerja sebagai tukang mandi janazah di Jeddah. Beliau menganggap dirinya berkhidmat untuk manusia dan agama. “Saya ada isteri dan anak dan amat menghargai semua yang saya ada. Isteri saya berpuashati dengan tugas saya, malah, menyokong saya dalam setiap keadaan,” katanya. Mannan berkata yang tugasnya memerlukan kesabaran, kemahiran dan ketelitian. “Inilah profesyen yang menggunakan tenaga fizikal dan intelektual kerana pelbagai jenis mayat yang dikendalikan,” katanya, sambil menegaskan yang orang awam perlu mengubah sikap mereka yang memandang rendah kerja yang dilakukannya, kerana tugas seumpama itu adalah satu sumbangan besar kepada masyarakat.

“Saya tolak lamaran lelaki yang bekerja seperti itu kerana ianya memang tidak menepati kehendak saya,” kata Ghaada Murad, seorang pelajar universiti. Beliau berkata lelaki yang ingin mengahwininya perlulah seorang yang memahami, dan dapat memenuhi cita-cita dan keinginannya.

Ahmad Al-Moabi, yang bertugas di Kementerian Keadilan, berkata setiap wanita muda memasang impian untuk berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan baik dan mampu memenuhi keinginan mereka. “Biasanya, lelaki yang mempunyai pendapatan terhad tidak dapat memuaskan keinginan mereka,” katanya. Bagaimanapun, tambahnya, terdapat juga wanita yang mengahwini lelaki yang berpekerjaan buruh seperti ini dan hidup bahagia. Al-Moabi berkata terdapat sesetengah profesyen yang tidak lagi dipendang rendah seperti menggunting rambut, memotong daging dan menjaga stor. Hari ini, ramai yang terbabit dalam pekerjaaan seperti ini dan memperolehi pendapatan yang lumayan. Mereka semakin diterima masyarakat dan ramai wanita yang tidak kisah bersuamikan lelaki-lelaki seperti ini,” katanya.

Saleh Al-Dobel, seorang ahli fakulti di Akademi Keselamatan King Fahd, berkata terdapat dua jenis kerja tahap-rendah. “Kita perlu bezakan antara kerja-kerja buruh yang diterima dan tidak diterima oleh majoriti masyarakat. Kategori pertama melibatkan profesyen seperti tukang kayu, tukang besi dan pemotong daging. Kebanyakan ibubapa tidak menginginkan anak-anak mereka terlibat dengan kerja-kerja seperti itu sekalipun memperolehi pendapatan lumayan kerana ianya melibatkan maruah keturunan masing-masing,” katanya.

Beliau menambah yang ramai ibubapa tidak mahu mengahwinkan anak mereka dengan lelaki yang berpekerjaan seperti itu.. “Ini kerana mereka takut diboikot oleh ahli keluarga lain akibat kesetiaan kepada maruah keturunan,” katanya, sambil menambah bahawa kerja-kerja seperti ini biasanya diwariskan dari bapa kepada anak.

Al-Dobel berkata kategori yang kedua melibatkan kerja-kerja seperti menjaga dan menggali kubur. “Lelaki yang melakukan kerja-kerja ini biasanya suka memencilkan diri. Kebanyakan orang berasa bimbang untuk bergaul dengan mereka. Sebab itulah mereka sukar untuk mencari pasangan hidup,” katanya, sambil menambah bahawa orang ramai juga perlu mengubah tanggapan mereka.

BIG : Yang baik akan ketemu yang baik..

Posted in life | Leave a comment

Kata-kata pujangga

Mutiara Kata Motivasi

Dalam setiap hari 5 kali, kita mendengar azan yang melaungkan “Marilah Menuju Kejayaan”. Kejayaan di dalam azan bukan sahaja untuk berjaya dengan kehidupan di akhirat, mungkin juga boleh dihayati untuk kejayaan di atas dunia yang Insyallah, boleh membantu kejayaan di akhirat.

Himpunan mutiara kata motivasi untuk yang ingin cemerlang dengan kerjaya atau apa juga bidang yang sedang dilakukan. Supaya kita tidak mudah berasa kerdil, pemalas, pesimis, mudah patah semangat, tidak percaya diri dan tidak mempunyai cita-cita!

Walaupun orang yang mutiara kata ini kebanyakannya dari mulut orang bukan Islam, tapi ingatlah ‘menuntut ilmu biar ke negeri China”.

Semoga memberi manfaat.

1. Orang-orang yang mengkritik kita sebenarnya adalah pengawal jiwa kita, yang bekerja tanpa bayaran (Corni Ten Boom)

2. Saya tak pernah berjumpa dengan seseorang yang menderita kerana terlalu banyak bekerja. Lebih banyak orang menderita kerana terlalu banyak cita-cita tetapi tak cukup berusaha (Dr. James Mantague)
3. Saya telah mempelajari kehidupan lelaki hebat dan wanita-wanita terkenal, dan saya menemui bahawa mereka yang mencapai puncak kejayaan iaalah mereka yang melakukan pekerjaan-pekerjaan yang ada di hadapan mereka dengan segenap tenaga, semangat dan kerja keras (Harry S. Truman)

4. Tiada rahsia untuk menggapai kejayaan. Kejayaan itu dapat dicapai dengan persiapan, kerja keras dan mahu belajar dari kegagalan (General Collin Power).

5. Kita menilai diri kita dengan mengukur dari apa yang kita rasa mampu untuk kerjakan, orang lain mengukur kita dengan mengukur dari ada yang telah kita lakukan (Henry Wadsworth Longfellow)

6. Orang-orang yang sukses telah belajar membuat diri mereka melakukan kerja yang harus dikerjakan ketika kerja itu memang harus dikerjakan, entah mereka menyukainya atau tidak (Aldus Huxley)

7. Ada dua macam manusia di dunia ini : mereka yang mencari alasan dan mereka yang mencari kejayaan. Orang yang mencari alasan selalu mencari alasan mengapa kerjanya tidak selesai, dan orang yang mencari kejayaan selalu mencari alasan mengapa kerjanya tidak boleh diselesaikan (Alan Cohen)

8. Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang bodoh akan kerjakan tiga hari kemudian (Abdullah Ibnu Mubarak)

9. Kita adalah apa yang kita kerjakan berulang kali. Dengan demikian, kecemerlangan bukan tindakan, tetapi kebiasaan (Aristoteles)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari bahawa pada suatu hari datang seorang lelaki menemui Nabi Muhammad s.a.w untuk meminta sedekah.

Rasulullah menyuruh lelaki berkenaan menunggu sekejap dan baginda masuk ke dalam rumah. Selepas keluar semula, Rasulullah menghulurkan sebilah kapak kepada lelaki itu sambil memintanya pergi berusaha mencari kayu untuk dijual di pasar.

Dikisahkan sebelum lelaki itu pergi, Rasulullah berpesan kepadanya agar dua tiga hari lagi datang semula menemui baginda. Apakah yang berlaku kemudian? Selang beberapa hari, lelaki itu datang menemui Rasulullah dan mengkhabarkan berita gembira yang dia berhasil menjadi seorang peniaga kayu.

Inilah dorongan dan motivasi Nabi Muhammad kepada umatnya agar tidak meminta-minta, sebaliknya berusaha terlebih dahulu untuk mendapatkan rezeki untuk penghidupan di dunia.

Hinggakan Rasulullah pernah membaca doa khusus untuk mengelakkan sikap malas berusaha ini dan sewajarnya kita mengamalkan membaca doa berkenaan setiap hari agar terus memiliki semangat dalaman yang mantap untuk bekerja dan terus berusaha.

Doa Rasulullah itu ialah “Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada kegelisahan dan dukacita, kelemahan dan kemalasan, pengecut dan bakhil dan daripada bebanan hutang.” (Riwayat Abu Daud).

Ini pula kata-kata Dr Fadzillah Kamsah mengenai kerja yang saya kutip dari blog Wanwma. Muhasabahlah diri kita, jika kita tersenarai dari senarai di bawah, marilah berpindah minda.

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.

3. Adakala kita rasa kita ‘PRIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KERJA’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT’

Posted in Enjoyable Educated Life, Intro, life, Motivation, Muslims | Leave a comment

Quote of the day

It’s easy to find people that cannot count 1 to 10, just look in front of you at the express lane cashier.

Posted in Enjoyable Educated Life, life, Motivation | Tagged , , , , | Leave a comment

How long is our life ?

Salam,

Friday Question …

How long is our life ?? Our life start with an AZAN…. Our life end with IQAMAH for the Solat Jenazah.

So how long is our life ? 5 minutes ?

Posted in life, Motivation | Leave a comment